ad

Worldwide Holdings, RHB tawar pembiayaan rumah mesra pengubahsuaian

15 Ogos 2025, 1:30 AM
Worldwide Holdings, RHB tawar pembiayaan rumah mesra pengubahsuaian

SHAH ALAM, 15 OGOS: Worldwide Holdings Berhad (WHB) memperkenalkan pakej pembiayaan/ pinjaman perumahan dan pengubahsuaian oleh RHB Bank (RHB) untuk pembeli layak hartanah WHB selepas penyiapan projek.

Inisiatif itu dimeterai melalui simbolik jabat tangan antara Ketua Pegawai Kewangan WHB, Nasri Mohd Jamal, dan Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Komuniti RHB, Jeffrey Ng Eow Oo, menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan penyelesaian perumahan fleksibel, praktikal dan bernilai.

Pakej tersebut memberi ruang kepada pembeli bukan sahaja dalam pemilikan hartanah WHB, tetapi juga menyiapkan pengubahsuaian pasca penyerahan kunci. Ia sesuai untuk rumah hampir siap serta projek baharu WHB yang akan dilancarkan, katanya menerusi kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Hartanah WHB, Sr. Hamyzar Toha, pembiayaan ini memberi sokongan praktikal kepada pembeli dan mencerminkan keyakinan RHB terhadap kualiti pembangunan WHB di Shah Alam.

“Kami berbesar hati melihat pihak RHB memberikan sokongan kepada pelanggan kami yang meningkatkan keupayaan mereka untuk memiliki dan menyiapkan rumah idaman. Ini benar-benar mencerminkan kepercayaan terhadap produk WHB serta kematangan pembangunan kami di kawasan Shah Alam," katanya.

Seiring dengan persiapan WHB untuk kempen hartanah terbaharu pada suku keempat tahun 2025, penyelesaian pembiayaan ini menawarkan nilai dan fleksibiliti tepat pada masanya bagi pembeli yang mengutamakan kemampuan serta penyesuaian dalam perjalanan pemilikan rumah mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.