ad

Bantu belia India, kerajaan disaran sedia dana syarikat pemula digital

13 Ogos 2025, 8:19 AM
Bantu belia India, kerajaan disaran sedia dana syarikat pemula digital

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Kerajaan disaran untuk mewujudkan dana syarikat pemula berjumlah RM5 juta bagi membantu usahawan muda terutamanya dalam kalangan masyarakat India untuk menceburi bidang ekonomi digital.

Yuneswaran Ramaraj (HARAPAN-Segamat) berkata ketika ini hanya RM10 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Ekonomi untuk syarikat pemula berasaskan teknologi, manakala tiada dana khusus bagi bidang lain.

“Saya dimaklumkan dana sedia ada hanya untuk syarikat pemula teknologi. Sudah tiba masanya kita memberi tumpuan khusus, termasuk bekerjasama dengan rakan strategik, untuk membantu golongan muda terutamanya masyarakat India.

“Terdapat ramai graduan yang mempunyai kepakaran dalam ekonomi digital, namun apabila gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelayakan, mereka cenderung berhijrah ke luar negara,” katanya ketika membahaskan usul RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.

Yuneswaran berkata dana itu dapat membantu usahawan muda menceburi bidang ekonomi digital, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.