ad

Himpunan, selawat Gaza lambang solidariti rakyat Malaysia, 23 Ogos ini

12 Ogos 2025, 8:19 AM
Himpunan, selawat Gaza lambang solidariti rakyat Malaysia, 23 Ogos ini

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Rakyat Malaysia dipelawa bersama-sama menyemarakkan Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai lambang solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, di Dataran Merdeka 23 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kehadiran orang ramai ke program itu ialah simbol persaudaraan sejagat dan bukti bahawa Palestin sentiasa di hati rakyat Malaysia.

“Ayuh rakyat Malaysia, kita himpunkan hati-hati yang cintakan kebenaran, satukan suara-suara yang mendamba keadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

“Mari kita berdiri sebaris, sejiwa, dan sepadu dalam Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai tanda cinta, doa dan solidariti buat saudara seagama kita,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau mengajak orang ramai menzahirkan kasih sayang, keberanian dan tekad supaya dunia memahami bahawa umat Islam tidak pernah berpaling daripada nasib saudara mereka di Palestin.

Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza diadakan di Dataran Merdeka 23 Ogos ini bermula 6.30 petang hingga 11.30 malam, bersempena Karnival Sumud Nusantara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.