ad

Hijrah Selangor latih 100 usahawan kuasai AI tingkatkan jualan dalam talian

12 Ogos 2025, 8:11 AM
Hijrah Selangor latih 100 usahawan kuasai AI tingkatkan jualan dalam talian
Hijrah Selangor latih 100 usahawan kuasai AI tingkatkan jualan dalam talian
Hijrah Selangor latih 100 usahawan kuasai AI tingkatkan jualan dalam talian

SHAH ALAM, 12 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menganjurkan program penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu usahawan meningkatkan jualan dalam talian sekali gus memperkukuh jenama.

Ketua Khidmat Korporatnya Muhammad Azwan Zulkifli berkata program berlangsung pada 31 Julai itu adalah siri ketiga dan disertai 100 usahawan Hijrah Selangor.

"Usahawan Hijrah Selangor perlu diberi pendedahan terhadap teknologi AI dan menguasainya bagi memastikan perniagaan kekal relevan, jualan meningkat selain membina jenama yang kukuh.

"Menerusi program ini, peserta diberi pendedahan mengenai strategi pemasaran, penjenamaan dan penghasilan kandungan kreatif yang berkesan. Usahawan akan lebih berdaya saing, mampu menarik minat pelanggan dan mampu berkembang dalam pasaran yang kompetitif," katanya kepada Media Selangor.

Tambah beliau, pelbagai kursus dan latihan untuk usahawan yang dianjurkan sebelum ini merangkumi modul seperti pemasaran digital, penjenamaan, pengurusan kewangan, dan pembangunan produk bagi membantu usahawan.

"Setakat Julai lalu, lebih 20 kursus atau latihan percuma telah dilaksanakan dengan penyertaan mencecah seramai 1,000 usahawan Hijrah Selangor.

"Hijrah Selangor kekal komited melahirkan usahawan berilmu dan berdaya tahan selaras dengan matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menjadi negeri pintar, berdaya huni dan makmur," katanya.

Untuk rekod, Hijrah Selangor telah menyalurkan hampir RM1 bilion kepada 61,000 usahawan di Selangor sejak 2015 hingga Mac lalu menerusi 92,000 pembiayaan.

Sementara itu, Mohamad Azrie berkata, program dilaksana Hijrah Selangor itu dapat membantu meningkatkan perniagaannya ke peringkat lebih tinggi.

"Program sangat seronok kerana pada masa kini memang perlu kursus yang dapat 'boost' perniagaan selain jimat masa dan kos," ujarnya.

Bagi Siti Bariah Basri pula, pelbagai perkongsian maklumat yang diterima menerusi kursus anjuran Hijrah Selangor itu.

"Banyak maklumat baharu diterima...contohnya seperti sebelum ini pakai chatgpt untuk buat imej dan video tetapi kini dapat belajar lain seperti FX imej. Banyak ilmu baharu yang boleh dapat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.