ad

Bidaan lembu serendah RM2,900, Kohijrah luas bidang niaga

12 Ogos 2025, 9:13 AM
Bidaan lembu serendah RM2,900, Kohijrah luas bidang niaga
Bidaan lembu serendah RM2,900, Kohijrah luas bidang niaga
Bidaan lembu serendah RM2,900, Kohijrah luas bidang niaga
Bidaan lembu serendah RM2,900, Kohijrah luas bidang niaga
Bidaan lembu serendah RM2,900, Kohijrah luas bidang niaga

SHAH ALAM, 12 OGOS: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) mula melaksana bidaan haiwan hidup selain memfokuskan produk pertanian, kata pengurus besarnya.

Dato' Dr Mohammad Syukri Ismail berkata sebagai percubaan, pihaknya telah memulakan bidaan untuk lembu hidup sejak Jun lalu.

"Kita buat bidaan secara langsung dari kandang lembu milik Kohijrah di Batang Kali yang mana harga bermula RM2,900. Hasil bidaan yang dilakukan menerusi sistem khas, 20 ekor telah dibida pada harga murah berbanding pasaran luar.

"Apabila bidaan berjaya, Kohijrah akan uruskan proses penyembelihan dengan membawanya ke pusat di bawah seliaan Jabatan Veterinar sebelum dihantar kepada pembida.

"Setakat ini, 110 produk melalui proses bidaan di Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) di Sijangkang termasuk pertanian dan hiliran seperti daging. Terbaharu kita bawa ikan tenggiri batang jenis premium dan tuna," katanya kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan 2,000 unit simpanan stok (SKU) berdaftar di pusat lelongan itu yang beroperasi bermula Ogos tahun lalu.

"Pusat lelongan ini terdiri daripada dua sektor iaitu jualan harian dan pusat lelongan. Kita bermula dengan lebih 100 SKU sahaja dahulu, tetapi kini terdapat 2,000 SKU yang semuanya merupakan produk usahawan tempatan.

"Hasil jualan harian pula boleh mencecah RM13,000 bergantung pada musim selain dikunjungi lebih 300 orang setiap hari bagi mendapatkan keperluan dapur atau untuk perniagaan," katanya.

Sebelum ini, Mohammad Syukri memberitahu Kohijrah mempunyai kebun khusus di beberapa lokasi bagi melaksanakan aktiviti tanaman dan ternakan.

Jelasnya, kebun itu diusahakan 75 pekebun yang juga anggota Kohijrah sejak tahun lalu di Johan Setia, Kuala Langat dan Batang Kali.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.