ad

Wakaf Selangor salur lebih RM40,000 tambah baik sekolah, masjid

12 Ogos 2025, 7:25 AM
Wakaf Selangor salur lebih RM40,000 tambah baik sekolah, masjid
Wakaf Selangor salur lebih RM40,000 tambah baik sekolah, masjid

SHAH ALAM, 12 OGOS: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi wakaf diyakini apabila menyalurkan lebih RM40,000 bagi projek menambah baik prasarana sekolah dan masjid.

Menurut PWS, sebanyak RM10,000 diserahkan kepada Masjid Al-Hidayah, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 10 Ogos bagi menambak tanah tapak perkuburan baharu.

Pihaknya juga, katanya, mengadakan kuliah Maghrib khas bertujuan menyebarkan kefahaman dan kelebihan berwakaf serta peranan PWS sebagai institusi wakaf di Selangor.

Sementara pada 9 Ogos, PWS menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM31,500 bagi pemasangan jubin surau serta RM1,000 sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela, Jeram, Kuala Selangor.

⦁ Wakil Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan menyerahkan cek cura tabung wakaf berjumlah RM10,000 bagi menambak tanah tapak perkuburan baharu Masjid Al-Hidayah, Teluk Panglima Garang 9 Ogos 2025. Foto Facecook PWS

Penyerahan cek cura disempurnakan Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Ibnu Hubain Abdul Aziz kepada Guru Besar Nizamuddin Abdul Majid.

Pada majlis itu, katanya, PWS turut memberi pendedahan kepada warga pendidik mengenai hikmah serta peluang melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, sumbangan secara terus (one-off) dan kod QR.

PWS menerusi Facebook juga menyeru masyarakat untuk terus melaksanakan wakaf tunai melalui saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.