ad

Mais edar 1,000 Jalur Gemilang pupuk perpaduan, semarak semangat kemerdekaan

11 Ogos 2025, 4:19 AM
Mais edar 1,000 Jalur Gemilang pupuk perpaduan, semarak semangat kemerdekaan
Mais edar 1,000 Jalur Gemilang pupuk perpaduan, semarak semangat kemerdekaan
Mais edar 1,000 Jalur Gemilang pupuk perpaduan, semarak semangat kemerdekaan
Mais edar 1,000 Jalur Gemilang pupuk perpaduan, semarak semangat kemerdekaan

SHAH ALAM, 11 OGOS: Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang mini diedar kepada peserta Larian Merdeka anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Pengerusinya Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin berkata program dijalankan bersekali sambutan Jubli Perak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping memupuk semangat perpaduan.

“Edaran Jalur Gemilang mini kepada peserta lain akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam kalangan peserta khususnya sepanjang bulan yang penuh makna ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato’ Setia Salehuddin Saidin bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Agihan Fidyah Mais Wang Saku Pelajar di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 Jun 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Semua lapisan masyarakat perlu menghayati erti kemerdekaan dan bersyukur atas nikmat keamanan, perpaduan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini. Semangat cintakan negara wajar dipupuk terutama kepada generasi muda,” katanya menerusi kenyataan.

Pelepasan peserta disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan baginda turut berkenan mencemar duli menyertai acara larian terbabit.

Pada program yang turut bersekali dengan acara bulanan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan itu, Dato’ Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim melaungkan “Merdeka” sebanyak tiga kali sebagai simbolik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.