ad

Skuad wanita B-20 tewaskan Guam 2-0

10 Ogos 2025, 3:25 PM
Skuad wanita B-20 tewaskan Guam 2-0

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Skuad wanita bawah 20 tahun (B-20) negara menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2026 dengan kemenangan sulung selepas menundukkan Guam 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Kemenangan itu mengubat kekecewaan skuad kendalian Cameron Ng yang tewas 0-3 kepada Iran dan 0-16 kepada Jepun pada dua perlawanan terdahulu.

Perlawanan bermula seimbang sebelum Kaseh Carmilla meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-86 untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad negara.

Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata, manakala Jepun muncul juara Kumpulan F selepas membelasah Iran 9-0 dalam aksi terakhir kumpulan itu.

Hanya lapan juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan terbaik layak ke pusingan akhir di Thailand dari 1 hingga 18 April tahun depan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.