ad

Proses bedah siasat Zara Qairina selesai

10 Ogos 2025, 2:25 PM
Proses bedah siasat  Zara Qairina selesai

SHAH ALAM, 10 OGOS: Proses bedah siasat jasad Zara Qairina Mahathir selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan peguam keluarga, Shahlan Jufri yang menyaksikan proses bedah siasat atas permintaan keluarga Zara Qairina, lapor portal Berita Harian.

Bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai sebelum jam 8 malam tadi.

Jasad remaja berusia 13 tahun itu dijangka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang.

Pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Penggalian semula kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, semalam mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada jam 7.31 malam selepas dimulakan pada jam 6.04 petang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.