ad

Raja Muda Selangor rasmi Jubli Perak MBSA, sertai larian bersama rakyat

10 Ogos 2025, 4:54 AM
Raja Muda Selangor rasmi Jubli Perak MBSA, sertai larian bersama rakyat
Raja Muda Selangor rasmi Jubli Perak MBSA, sertai larian bersama rakyat
Raja Muda Selangor rasmi Jubli Perak MBSA, sertai larian bersama rakyat

SHAH ALAM, 10 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah hari ini berkenan merasmikan sambutan Jubli Perak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang memasuki usia 25 tahun.

Acara yang berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti, antaranya Larian Merdeka Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Larian Rakan Muda Kaler Fun Run, dan Larian Persatuan Orang Kurang Upaya Jabatan Belia dan Sukan. Program turut digabungkan dengan acara bulanan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan berangkat ke program Larian Merdeka Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Larian Rakan Muda-Kaler Fun Run dan Larian Persatuan Orang Upaya (OKU) Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 10 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Ketiga-tiga acara larian dilepaskan oleh Baginda, diiringi EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi, Dato’ Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim, dan Pengerusi MAIS, Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin. Tengku Amir turut berkenan menyertai larian bersama rakyat, sekali gus menzahirkan keakraban dengan masyarakat.

Sebagai tanda semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Dato’ Mohd Fauzi melaungkan “Merdeka” sebanyak tiga kali yang disambut gemuruh oleh para peserta.

Pelbagai pengisian lain turut memeriahkan sambutan, termasuk reruai pameran agensi di bawah MAIS, Eco Free Market, persembahan kebudayaan, serta kuiz interaktif buat pengunjung.

Larian Merdeka Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Larian Rakan Muda-Kaler Fun Run dan Larian Persatuan Orang Upaya (OKU) Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 10 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.