ad

Kibar Jalur Gemilang terbalik, menteri gesa polis ambil tindakan tegas

9 Ogos 2025, 12:43 PM
Kibar Jalur Gemilang terbalik, menteri gesa polis ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau berkata Jalur Gemilang ialah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang menjadi milik seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Mengibarkannya dengan betul adalah tanggungjawab setiap warganegara sebagai tanda hormat dan cinta kepada tanah air.

“Saya ingin mengingatkan bahawa tindakan mempamer atau mengibarkan bendera negara secara tidak wajar adalah satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama 1963 [Akta 414],” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.