ad

Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Jepun belasah Malaysia 16-0

8 Ogos 2025, 3:37 PM
Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Jepun belasah Malaysia 16-0

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Harapan skuad Bawah 20 (B-20) wanita negara untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-20 Wanita 2026 berkecai selepas tewas 0-16 kepada Jepun dalam aksi kedua Kumpulan F pusingan kelayakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini.

Skuad kendalian Cameron Ng ketinggalan 0-7 pada babak pertama menerusi jaringan Anon Tsuda (minit ke-5, 23, 29), Mao Itamura (14, 17, 33) dan Asako Furuta (45+2).

Memasuki separuh masa kedua, Jepun terus menguasai permainan dengan menambah sembilan lagi gol melalui Furuta (45, 90+3), So Kojima (52, 58, 89), Tsuda (60), Sawa Tsuge (63) dan Yuka Kurimoto (68, 77).

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini berada di tangga tercorot, manakala Jepun kekal di kedudukan teratas Kumpulan F dengan mengumpul enam mata.

Sementara itu, kedudukan kedua Kumpulan F dihuni Iran yang berjaya meraih kemenangan kedua hari ini selepas menumbangkan Guam 2-0.

Malaysia selepas ini akan melengkapkan aksi kelayakan Kumpulan F pada Ahad ini untuk penentuan tempat ketiga/keempat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.