ad

Ribut petir, hujan lebat landa Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

8 Ogos 2025, 8:49 AM
Ribut petir, hujan lebat landa Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam
Ribut petir, hujan lebat landa Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 8 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 7 malam ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan amaran sama turut melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak selain beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.