ad

Empat lelaki rempuh anggota polis hingga maut direman tujuh hari

8 Ogos 2025, 4:36 AM
Empat lelaki rempuh anggota polis hingga maut direman tujuh hari

ALOR SETAR, 8 OGOS: Empat lelaki yang menaiki sebuah kenderaan dan disyaki merempuh seorang anggota polis sehingga maut dalam kejadian di Taman Golf, di sini semalam, direman tujuh hari bermula pada hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hingga 14 Ogos ini.

Sebelum itu, kesemua suspek berumur antara 24 hingga 26 tahun itu dibawa ke kompleks mahkamah berkenaan dengan menaiki van polis pada 8.45 pagi sebelum keluar dari pekarangan mahkamah pada 9.55 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang anggota polis maut selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki empat lelaki dipercayai suspek yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Golf, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.