ad

102 ikan hiasan dirampas, pemilik premis berdepan tindakan

7 Ogos 2025, 6:04 AM
102 ikan hiasan dirampas, pemilik premis berdepan tindakan
102 ikan hiasan dirampas, pemilik premis berdepan tindakan

SHAH ALAM, 7 OGOS: Jabatan Perikanan Selangor menyita 102 ekor ikan perhiasan larangan bernilai RM18,000 selepas menyerbu sebuah premis akuarium di Klang, semalam.

Pengarahnya Noraisyah Abu Bakar berkata tindakan dibuat selepas mendapati pemilik syarikat masih berdegil menjual dan mempamer spesis berkenaan meski sudah diberikan amaran.

Katanya ikan dirampas melibatkan jenis Alligator Gar (satu) Piranha (tiga) Flower Horn (10), Leopard Catfish (12) Baung Amazon (15), Tiger Shovelnose Catfish (16) dan Silver Dollar( 45).

Antara ikan hiasan yang disita dalam serbuan di sebuah premis di Klang pada 6 Ogos 2025. Foto Jabatan Perikanan Selangor

"Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis menjual, memelihara, menyimpan dan mempamer famili, genus atau spesies ikan hidup yang mana melanggar peraturan perikanan,” katanya menerusi kenyataan.

Noraisyah berkata pemilik premis akan dikenakan tindakan undang-undang berikutan melanggar peraturan sedia ada.

“Jabatan menegaskan tindakan ini tidak boleh dipandang ringan kerana spesies tersebut telah disenaraikan sebagai yang boleh mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik dan mendominasi perairan sungai di negeri ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.