ad

Anak disyaki bunuh bapa direman seminggu

7 Ogos 2025, 3:52 AM
Anak disyaki bunuh bapa direman seminggu

MACHANG, 7 OGOS: Lelaki berusia 39 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki membunuh bapanya menggunakan objek tumpul di sebuah rumah di Kampung Baru Kuala Gris, Dabong, di Kuala Krai semalam.

Perintah reman hingga 13 Ogos itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Semalam media melaporkan, warga emas Othman Jusoh, 74, ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang dapur rumahnya dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul di bahagian kepala menyebabkan kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan siasatan mendapati dia juga bekas banduan Penjara Satelit Batu Jong, Kuala Krai yang dibebaskan awal Julai lalu atas kesalahan dadah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.