ad

Lebih 2,500 kura-kura cuba diseludup keluar di KLIA dirampas, lelaki ditahan

7 Ogos 2025, 5:30 AM
Lebih 2,500 kura-kura cuba diseludup keluar di KLIA dirampas, lelaki ditahan

PUTRAJAYA, 7 OGOS: Lelaki warga India ditahan kerana cuba menyeludup keluar lebih 2,500 kura-kura bernilai kira-kira RM348,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) Selasa lalu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek yang dijadualkan menaiki penerbangan ke Bengaluru, India, ditahan pada 10.05 malam di pintu pelepasan selepas imbasan ke atas beg yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut menemui ribuan kura-kura spesies Red-eared Slider yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurut AKPS, kesemua hidupan liar tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.