ad

Saksi penting kes perbicaraan bekas ketua menteri diserang

6 Ogos 2025, 4:55 AM
Saksi penting kes perbicaraan bekas ketua menteri diserang

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Polis mengesahkan berlaku kejadian seorang ahli perniagaan dipercayai diserang di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 7.20 pagi.

Beliau berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kejadian terbabit dalam masa terdekat.

"Dipercayai suspek melibatkan antara empat hingga lima orang… pasukan siasatan masih di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan ahli perniagaan terbabit adalah saksi penting pendakwaan pada perbicaraan kes melibatkan seorang bekas ketua menteri.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.