Deretan premis yang berdiri di atas tanah Hutan Simpan Sungai Buloh kini menanti detik pengosongan, selepas 248 notis akhir diserahkan kepada penduduk dan pemilik yang didapati menceroboh kawasan seluas 47 hektar itu.
Operasi bersepadu yang diketuai Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bersama pelbagai agensi negeri menyaksikan penyerahan notis yang merupakan amaran terakhir sebelum tindakan lanjut diambil.
Mereka diberi tempoh 30 hari untuk mengosongkan tanah milik JPNS, dengan tarikh akhir ditetapkan pada 2 September depan.
Jurufoto Harun Tajudin merakamkan detik-detik penting operasi yang berlangsung pada 1 Ogos lalu – saat notis diserahkan kepada pemilik premis yang perlu akur dengan arahan penguat kuasa.
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang memberi taklimat ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu notis pengosongan di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang menampal notis ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu (notis pengosongan) di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN /MEDIA SELANGOR
Dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat rondaan di kawasan hutan simpan ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu (notis pengosongan) di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat rondaan di kawasan hutan simpan ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu (notis pengosongan) di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Keadaan rumah warga asing tanpa izin ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu (notis pengosongan) di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang menulis tarikh di kertas notis ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu notis pengosongan di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang menampal notis ketika Operasi Penguatkuasaan Hutan secara bersepadu (notis pengosongan) di kawasan hutan Sungai Buluh pada 1 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR