ad

28 kanak-kanak terbunuh setiap hari di Gaza

5 Ogos 2025, 2:27 PM
28 kanak-kanak terbunuh setiap hari di Gaza

NEW YORK, 5 OGOS: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan bahawa purata 28 kanak-kanak terbunuh setiap hari di Gaza akibat pengeboman berterusan oleh Israel dan kebuluran yang berlarutan selama lebih 660 hari, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu hantaran di platform X, UNICEF berkata: “Kematian akibat pengeboman. Kematian akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran. Kematian kerana kekurangan bantuan dan perkhidmatan penting. Di Gaza, purata 28 kanak-kanak setiap sehari - bersamaan saiz sebuah bilik darjah - telah terbunuh.”

“Kanak-kanak Gaza memerlukan makanan, air, ubat-ubatan dan perlindungan. Paling utama, mereka memerlukan gencatan senjata, SEKARANG.”

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.