ad

MB, KM diseru sedia dana mencukupi bangun program belia, sukan

5 Ogos 2025, 1:10 PM
MB, KM diseru sedia dana mencukupi bangun program belia, sukan

SHAH ALAM, 5 OGOS: Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri diseru menyediakan peruntukan mencukupi melalui belanjawan negeri masing-masing untuk pembangunan sukan dan belia tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata langkah itu penting bagi membantu EXCO yang memegang portfolio berkenaan melaksanakan lebih banyak program pembangunan melalui bidang kuasa berkenaan.

“Saya nak menyeru semua Menteri Besar dan Ketua Minggu di minggu-minggu yang akan datang dalam persiapan untuk membentangkan bajet tahun hadapan, supaya memperuntukkan dana yang mencukupi untuk membantu EXCO sukan dan belia.

“Ini bukan portfolio yang kecil, tetapi jaga aset masa depan dan jaga gaya hidup yang sihat. Kalau mereka dapat bajet yang mencukupi boleh laksanakan program pembangunan tetapi selalunya tidak cukup,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, Hannah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Hotel Couteyard Setia Alam di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Selangor di Courtyard by Marriot Setia Alam pada 4 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) merekodkan 54 peratus atau 53,513 pemegang jawatan dalam pertubuhan belia terdiri daripada umur 30 tahun dan ke bawah hingga 4 Ogos.

“Penguatkuasaan akta ini dijangka memberi impak langsung kepada sejumlah 8,233 pertubuhan belia yang berdaftar di bawah pejabat ROY.

“Sehingga kini, sebanyak 927 pertubuhan belia telah melaksanakan pindaan perlembagaan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (A1602), mencerminkan keyakinan terhadap belia di bawah umur 30 tahun untuk membimbing persatuan,” maklumnya menerusi kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.