ad

SUKMA Selangor 2026 perkasa penyertaan atlet, pegawai wanita

5 Ogos 2025, 12:49 PM
SUKMA Selangor 2026 perkasa penyertaan atlet, pegawai wanita
SUKMA Selangor 2026 perkasa penyertaan atlet, pegawai wanita

SHAH ALAM, 5 OGOS: Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini memuktamadkan beberapa keputusan penting bagi memperkasa penyertaan atlet wanita yang akan berlangsung di Selangor tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, ia bagi mengatasi isu kekurangan penyertaan atlet dan pegawai teknikal wanita ketika edisi SUKMA 2024 di Sarawak.

"Setiap kontinjen negeri wajib melantik sekurang-kurangnya seorang ketua atau timbalan ketua kontinjen wanita. Pelaksanaan kuota minimum 20 peratus pegawai sokongan wanita dalam urusetia dan perubatan kontinjen.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Selangor di Courtyard by Marriot Setia Alam pada 4 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus sukarelawan wanita dan 20 peratus pegawai teknikal wanita. Setiap pasukan wanita atau acara yang memerlukan pemeriksaan fizikal wajib mendaftarkan sekurang-kurangnya seorang pegawai wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Setia Alam hari ini.

Hannah menambah mesyuarat turut menetapkan tiga kursus teknikal dan kejurulatihan wanita perlu dianjurkan tahun ini serta lima kursus lagi pada 2026.

“Bagi acara terbuka, penyertaan atlet daripada jantina berbeza akan diwajibkan. Selain itu, acara sukan yang tersenarai dalam Sukan Olimpik tetap dijalankan walaupun tidak mencapai penyertaan minimum atlet wanita, berbeza daripada peraturan terdahulu.

“SUKMA Selangor 2026 akan menjadi paling mesra wanita, dengan peraturan dan perubahan sedia ada, akan menjadi game changer (pengubah keadaan),” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.