ad

Kanak-kanak dua tahun maut jatuh dalam lubang pembetung

4 Ogos 2025, 3:04 PM
Kanak-kanak dua tahun maut jatuh dalam lubang pembetung

SIBU, 4 OGOS: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang sistem pembetungan di Jalan Pedada di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata susulan satu panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 6.29 petang, sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral tiba di lokasi empat minit kemudian.

"Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian, bapa mangsa memaklumkan anak lelakinya hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam lubang akses sistem pembetungan. Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan.

"Pada 6.55 petang, mangsa ditemukan di dalam pembetung dan dibawa naik lima minit kemudian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.