ad

Ribut petir landa 13 negeri termasuk Selangor hingga 2 petang

4 Ogos 2025, 3:56 AM
Ribut petir landa 13 negeri termasuk Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM, 4 OGOS: Beberapa kawasan di 13 negeri termasuk Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 2 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca buruk turut dijangka melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor selain beberapa tempat di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, dan Sabah.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.