ad

Terperdaya tawaran skim pelaburan di WhatsApp, duit RM230,000 lesap

3 Ogos 2025, 3:11 AM
Terperdaya tawaran skim pelaburan di WhatsApp, duit RM230,000 lesap

JURUTERA RUGI RM230,000 ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD

KUANTAN, 3 OGOS: Seorang jurutera kerugian RM230,000 akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud yang disertainya secara dalam talian bulan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 67 tahun itu, pada mulanya menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang menawarkan peluang pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan.

“Mangsa ditawarkan skim pelaburan menjanjikan pulangan sehingga RM150,000 sekiranya melabur RM50,000 dan lelaki terbabit telah membuat sembilan kali transaksi ke empat akaun bank dari 16 hingga 31 Julai lepas.

“Selepas pembayaran dibuat menggunakan wang simpanannya, mangsa terus diminta melakukan bayaran tambahan atas alasan kononnya terdapat masalah semasa pemprosesan pelaburan yang membuatkan lelaki itu berasa ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.