ad

Kod QR pada produk elektrik elak was-was label SIRIM palsu

3 Ogos 2025, 7:00 AM
Kod QR pada produk elektrik elak was-was label SIRIM palsu

Oleh Nadiah Zamlus

SHAH ALAM, 3 OGOS: Penggunaan kod QR pada semua barangan yang mendapat kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) mengelakkan penipuan label sekali gus meningkatkan tahap keselamatan produk.

Ketua Seksyen Pensijilan dan Pemeriksaan Elektrikal & Elektronik SIRIM QAS International, Norazlan Shah Nordin kod yang ditampal bersebelahan logo SIRIM itu memudahkan pengguna untuk menyemak semula maklumat keaslian dan kualiti produk yang dibeli.

“Untuk berbuat demikian, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi SIRIM QAS International dari Apple App Store atau Google Play Store ke telefon. Imbasan kod QR bagi setiap label pada produk yang dijual akan memaparkan maklumat berkaitan status pensijilan produk serta pengeluarnya.

“Selain dari ciri baharu ini, pelekat sekuriti berkenaan kekal dengan nombor siri unik, penggunaan teknologi UV dan dakwat lutsinar, teks mikro, corak Guillouche (seperti yang dicetak pada duit kertas) serta penggunaan kertas berkualiti tinggi.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan atau penggunaan semula pelekat yang sama. Selepas ditampal untuk kali pertama pada produk asli, jika pelekat berkenaan ingin ditanggalkan, ia akan memaparkan tanda “Void”, menandakan ia telah diubah dan keaslian atau kualiti produk wajar diragui,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.