ad

Pengecas EV dalam kawasan perumahan perlu ada label SIRIM

3 Ogos 2025, 5:00 AM
Pengecas EV dalam kawasan perumahan perlu ada label SIRIM

SHAH ALAM, 3 OGOS: Pemilik pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam rumah (mod 2) dan pangsapuri (mod 3) digesa segera memohon kelulusan keselamatan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Ketua Seksyen Pensijilan dan Pemeriksaan Elektrikal & Elektronik SIRIM QAS International menjelaskan pengecas EV mod 2 dan 3 antara produk paling baharu disenarai Suruhanjaya Tenaga perlu mendapatkan pensijilan keselamatan.

“Kedua-dua mod pengecas ini perlu mendapatkan kelulusan kerana ia dipasang di rumah sekali gus memerlukan tahap keselamatan lebih baik.

“Bagi pengecas mod 4 yang sedia ada di kebanyakan stesen minyak tidak diwajibkan dapat kelulusan SIRIM, tapi banyak permohonan kami terima daripada pemiliknya kerana rasa tanggungjawab keselamatan,” kata Norazlan Shah Nordin ketika ditemui Media Selangor.

Oktober tahun lalu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menegaskan mereka akan terus mengekalkan sasaran untuk menyiapkan 10,000 pengecas EV dalam negara menjelang 2025 selari dengan sasaran Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) pula merekodkan sebanyak 3,611 ruang pengecas EV di seluruh Malaysia dipasang sehingga 31 Disember 2024.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.