ad

Hampir 6,000 mohon rumah mampu milik bertaraf kondo di Bukit Jelutong

1 Ogos 2025, 1:00 PM

Oleh Rafiqah Rauf

SHAH ALAM, 1 OGOS: Projek perumahan mampu milik bertaraf kondominium binaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Rumah Idaman Bukit Jelutong kini siap sepenuhnya dan sedia diduduki.

Ketua PNSB Construction Sdn Bhd, berkata lokasi projek yang terletak di kawasan strategik menerima sambutan luar biasa, apabila jumlah permohonan mencecah hampir 6,000.

"Jumlah permohonan itu jauh melebihi jumlah unit yang ditawarkan, kerana kami menyasarkan khusus kepada golongan M40 yang sering terperangkap dalam jurang pendapatan.

"Berdasarkan permohonan yang kami terima, ia menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap rumah mampu milik di kawasan bandar," kata Wan Afnizam Wan Moran ketika lawatan khas ke tapak projek itu, hari ini.

Tambah beliau, projek perumahan yang dibangunkan Kumpulan Gagasan Nadi Cergas Berhad melibatkan 1,260 unit dengan keluasan minimum 1,000 kaki persegi setiap satu.

“Pembinaan Rumah Idaman Bukit Jelutong dilancarkan pada 2022 dan kami buat sedikit kelainan, iaitu menggunakan konsep seperti kondominium.

"Projek ini adalah projek Rumah Idaman keempat yang telah siap sepenuhnya," katanya.

Setiap unit dilengkapi kemudahan asas seperti penyaman udara, kabinet dapur, almari pakaian, televisyen dan pemanas air serta dua parkir kenderaan.

Selain itu, pemilik turut ditawarkan kemudahan lain termasuk kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna serta sistem keselamatan tiga peringkat.

Majlis penyerahan kunci kepada pemilik oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari dijadualkan pada 8 Ogos depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.