Gasing pangkah tradisional, permainan Melayu yang sarat nilai sejarah. Bukan sekadar hiburan lapangan terbuka, ia mencerminkan semangat komuniti yang pernah mewarnai kehidupan warga desa suatu ketika dahulu.
Di Kampung Bukit Kapar, Klang, warisan budaya ini diteruskan Mohamad Aziz Samsudin, 63, atau mesra disapa Wak Ajis. Selain mencari rezeki sebagai pembuat gasing, dia juga memastikan permainan ini tidak pupus ditelan zaman.
Dalam setiap pusingan gasing pangkah, tersembunyi sebuah kisah — tentang perjuangan, kesetiaan kepada warisan, dan harapan agar budaya ini terus berpusing untuk generasi seterusnya.
Jurufoto Hafiz Othman merakam pembuatan gasing pangkah oleh Wak Ajis dan latihan yang dijalankan pemuda kampung bagi terus menghidupkan dan menyambung legasi permainan tradisional itu.
Pembuat gasing pangkah, Mohamad Aziz Samsudin atau dikenali sebagai 'Wak Ajis' sedang melakukan proses membulatkan kayu sebelum ke proses mengukir bentuk menjadikan sebuah gasing di Kampung Bukit Kapar, Klang. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Wak Ajis membulatkan kayu menggunakan mesin bagi mempercepat proses asas pembentukan gasing. Walaupun dibantu teknologi moden, setiap gasing tetap diukir dan disempurnakan secara manual bagi mengekalkan sentuhan tradisional dalam setiap hasil tangan. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Proses mengukir merupakan fasa penting dalam pembentukan gasing pangkah bagi menentukan keseimbangan. Setiap lekuk dan potongan dibuat dengan teliti agar gasing bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga tahan uji di gelanggang. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Wak Ajis fokus mengukir permukaan kayu bagi membentuk sebuah gasing pangkah yang seimbang. Setiap ukiran dilakukan dengan teliti menggunakan pengalaman puluhan tahun, memastikan gasing bukan sahaja indah dari segi rupa, tetapi juga tangkas di gelanggang.. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Proses ukiran dibuat sehingga mendapat ukuran yang sesuai. Ukuran gasing adalah amat penting bagi mengikut piawaian yang di tetapkan semasa pertandingan sebuah gasing pangkah tradisional. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Paku besi dibenamkan pada bahagian bawah gasing sebagai paksi untuk keseimbangan putaran semasa dimainkan. Berat kayu juga menjadi peranan penting bagi keseimbangan dan putaran gasing dengan lebih lama. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Mohamad Aziz Samsudin meneliti gasing yang hampir siap, memastikan setiap bahagian seimbang dan sempurna sebelum diuji putarannya. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Wak Ajis mencuba keseimbangan putaran gasing yang telah siap. Berat kayu juga menjadi peranan penting bagi keseimbangan dan putaran gasing dengan lebih lama. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Sebahagian koleksi gasing pangkah tradisional telah disiapkan Mohamad Aziz Samsudin di Kampung Bukit Kapar, Klang. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Pemain gasing pangkah tradisional melakukan membuat persediaan sebelum melakukan latihan di Kampung Bukit Kapar, Klang. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Aksi pemain gasing pangkah tradisional muda melakukan latihan di Kampung Bukit Kapar, Klang. Hayunan gasing dilakukan dengan teknik yang betul agar pangkahan tepat dan putaran gasing akan lebih lama. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Aksi pemain gasing pangkah tradisional muda melakukan latihan di Kampung Bukit Kapar, Klang. Mengikat tali pada gasing dengan ketat amat penting supaya gasing tidak terlepas dari tali ketika dihayun. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Aksi pemain gasing pangkah tradisional muda melakukan latihan di Kampung Bukit Kapar, Klang. Hayunan gasing dilakukan dengan teknik yang betul agar pangkahan tepat dan putaran gasing akan lebih lama. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR