ad

Amaran ribut petir di KL, Selangor hingga 11 pagi

1 Ogos 2025, 1:04 AM
Amaran ribut petir di KL, Selangor hingga 11 pagi
Amaran ribut petir di KL, Selangor hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 1 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Kuala Lumpur hingga 11 pagi.

Amaran sama dikeluarkan di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka melanda Putrajaya dan Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.