SHAH ALAM, 31 JULAI: Presiden Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan memimpin rundingan gencatan senjata Kemboja dengan Thailand pada Isnin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan bercakap dengan Donald Trump pagi tadi selain turut membincangkan mengenai soal tarif.
Pada masa sama, Anwar memaklumkan Trump akan menghadiri sidang kemuncak Asean ke-47 pada Oktober depan.
Perdana menteri berkata demikian sebelum membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL