ad
BERITA UTAMA

Tingkat keselamatan, Selangor pasang 19 lampu solar di tiga kampung Orang Asli

30 Jul 2025, 10:00 AM
Tingkat keselamatan, Selangor pasang 19 lampu solar di tiga kampung Orang Asli
Tingkat keselamatan, Selangor pasang 19 lampu solar di tiga kampung Orang Asli
Tingkat keselamatan, Selangor pasang 19 lampu solar di tiga kampung Orang Asli
Tingkat keselamatan, Selangor pasang 19 lampu solar di tiga kampung Orang Asli

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 30 JUL: Sebanyak 19 unit lampu solar dipasang di tiga Kampung Orang Asli (KOA) di Selangor baru-baru ini bagi mempertingkat kemudahan asas dan keselamatan penduduk, khususnya pada waktu malam.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata inisiatif berkenaan melibatkan KOA Sungai Garing di Batang Kali, serta KOA Bukit Bangkong dan KOA Sungai Belankan di Sepang membabitkan peruntukan keseluruhan hampir RM40,000.

[caption id="attachment_707871" align="aligncenter" width="730"] EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu bercakap kepada media selepas merasmikan program pemasangan lampu solar di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Kampung Orang Asli Sungai Belankan Sungai Pelek, Sepang pada 30 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“KOA Sungai Garing menerima enam unit lampu solar dengan kos RM19,976, manakala KOA Bukit Bangkong dan KOA Sungai Belankan menerima 13 unit dengan peruntukan RM19,610.

“Inisiatif ini bertujuan menambah baik pencahayaan kawasan perkampungan serta menjamin keselamatan penduduk,” katanya kepada Media Selangor.

Papparaidu turut memaklumkan sebanyak 12 lagi unit lampu solar sedang menunggu kelulusan untuk dipasang di dua kampung lain, manakala enam unit lagi dalam proses permohonan rasmi.

“KOA Donglai Baru di Hulu Langat dan KOA Gurney di Hulu Selangor masing-masing dijangka menerima enam unit, kini menunggu kelulusan saluran peruntukan.

“Sementara itu, KOA Bukit Dugang di Sepang pula dalam peringkat permohonan rasmi,” katanya.

[caption id="attachment_707869" align="aligncenter" width="745"] EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu (tengah) merasmikan program pemasangan lampu solar di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Kampung Orang Asli Sungai Belankan di Sungai Pelek, Sepang pada 30 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau berkata peruntukan tersebut mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan turut dirasai komuniti minoriti termasuk masyarakat Orang Asli.

“Program ini bukan sahaja memperbaiki aspek fizikal dan keselamatan kampung, malah mengeratkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat setempat.

“Ia juga menjadi platform penyatuan komuniti menerusi kerjasama menjayakan program, sekali gus memperkukuh rasa saling memahami antara pihak berkuasa dan rakyat,” katanya.

Pemasangan lampu solar merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi memastikan komuniti Orang Asli tidak terpinggir daripada arus pembangunan, serta menikmati kemudahan asas yang lebih selamat, cekap dan mampan.

[caption id="attachment_434006" align="aligncenter" width="712"] Lampu Solar di Kampung Orang Asli Jambu, Dengkil pada 27 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.