ad
AGENDA

Harga RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

30 Jul 2025, 9:27 AM
Harga RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Harga runcit RON97 turun sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai hingga 6 Ogos.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.91 seliter serta di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter.

Menurut MOF, penetapan harga runcit itu adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu hari ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.