ad
AGENDA

Shazeli tumpu tingkat persepsi positif warga Selangor terhadap polis

30 Jul 2025, 9:03 AM
Shazeli tumpu tingkat persepsi positif warga Selangor terhadap polis

SHAH ALAM, 30 JULAI: Ketua Polis Selangor yang baharu Datuk Shazeli Kahar berazam untuk menumpukan usaha meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap perkhidmatan pasukan keselamatan itu di negeri ini.

Beliau yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata usaha itu akan membantu mempermudahkan tugasan pasukannya dalam mengurus isu berbangkit melibatkan jenayah dan ketenteraman awam dengan lebih optimum.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di Selangor berada pada tahap terbaik.

"Tugas saya yang pertama ialah untuk berusaha bersama pasukan dalam meningkatkan persepsi positif masyarakat Selangor terhadap PDRM.

"Persepsi positif ini berkait rapat dengan pelbagai isu yang boleh diuruskan, dan daripada situ kita akan susun langkah seterusnya mengikut keperluan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, majlis tersebut diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman CP Gilberd Philip Layang.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.