ad
AGENDA

Tiga PBT laksana sistem parkir pintar, tangguh MBPJ

29 Jul 2025, 8:54 AM
Tiga PBT laksana sistem parkir pintar, tangguh MBPJ

KLANG, 29 JULAI: Hanya tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melaksana Sistem Parkir Pintar (SIP) bermula 1 Ogos depan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Setakat ini, tiga PBT sudah terima dan akan laksana dahulu. Namun, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ditangguhkan," katanya ditemui pada majlis peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Selangor hari ini.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri meneruskan perbincangan berhubung pelaksanaan SIP di beberapa PBT bagi meningkatkan kecekapan dan hasil negeri.

Bagaimanapun, katanya hanya MBPJ menyatakan bantahan terhadap inisiatif tersebut. Sebelum ini, syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd dilantik bagi melaksana kutipan parkir menerusi sistem SIP bermula 1 Ogos ini.

Kerajaan Negeri optimis sistem baharu itu akan meningkatkan kutipan hasil parkir dalam jangka masa panjang meskipun mungkin berlaku penurunan sementara pada peringkat awal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.