ad
AGENDA

Mayat wanita berpakaian hitam ditemukan tertiarap bawah jambatan Sungai Klang

28 Jul 2025, 2:30 PM
Mayat wanita berpakaian hitam ditemukan tertiarap bawah jambatan Sungai Klang

KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas batu bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 11.58 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat berpakaian serba hitam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi ditemukan.

"Pihak forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hadir di tempat kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan berdasarkan keadaan, mangsa dipercayai berada di dalam sungai lebih kurang 24 jam serta mulai kembung," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat yang dijadualkan 8 pagi esok bagi menentukan punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor K Vigneswaran di talian 014-922 9233 atau balai polis berhampiran.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.