Avocado atau nama saintifiknya 'Persea Americana' kian popular dalam kalangan pengamal gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.
Dengan tekstur lembut dan lemak berkrim, buah ini bukan sekadar enak tetapi kaya nutrisi menjadikannya pilihan utama dalam diet harian.
Ia juga tinggi zat seperti vitamin E, potassium dan asid lemak tidak tepu yang baik untuk jantung dan kulit.
Kandungan seratnya pula membantu melancarkan sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang lebih lama, sesuai untuk mereka yang mahu mengawal selera makan.
Bentuknya juga pelbagai. Ada bujur panjang dan bulat kecil, selain berkulit hijau, merah atau kuning.
Pengguna pula semakin kreatif dalam menikmati avocado. Ia bukan lagi sekadar dihiris mentah tetapi diolah dalam smoothie, pasta, roti lapis (sandwich) dan salad.
Permintaan tinggi terhadap buah tersebut turut membuka peluang kepada petani tempatan menanam baka sesuai dengan iklim di negara ini.
Selain beberapa ladang di Perak, Johor dan Sabah, tanaman ini juga diusahakan Ramli Abu Bakar, di Kampung Serigala, Kuala Kubu Bharu.
Wartawan NAZLI IBRAHIM menyenaraikan antara baka yang ditanam di kebun petani berusia 58 tahun itu termasuk dihasilkan Jabatan Pertanian Sabah. Foto oleh REMY ARIFIN.
QAV1
dihasilkan Jabatan Pertanian Sabah
bentuk bujur, besar dan berat 350-550 gram (g) sebiji
kulit hijau tua masa muda, bertukar hijau kusam atau sedikit kekuningan bila masak
isi kuning, halus, sedikit rasa manis, berkrim dan 'nutty' tetapi tidak kuat
selain QAV1, Jabatan Pertanian Sabah juga hasilkan QAV2 dan QAV3
[caption id="attachment_712646" align="aligncenter" width="369"] Avocado QAV1[/caption]
TA21
klon dibangunkan Mardi
sederhana besar, anggaran 250-400g sebiji
kulit warna hijau tua ketika matang dan permukaan agak kasar
kulit tebal tetapi mudah dikupas apabila masak
isi warna kuning keemasan hingga kuning kehijauan
lemak, berkrim dan sedikit manis
Kendil
saiz seperti tembikai susu
kulit hijau cerah, mudah tanggal bila masak
agak manis, sangat berlemak, tekstur halus
asal Filipina hasil kacukan tempatan
[caption id="attachment_712648" align="aligncenter" width="393"] Avocado Kendil[/caption]
Aligator
saiz besar dan panjang, boleh cecah 20-25 sentimeter (cm)
kulit hijau cerah ke hijau tua dan licin
isi kuning, tebal dan sedikit berserat
tekstur agak kasar dan kurang lemak
[caption id="attachment_712645" align="aligncenter" width="381"] Avocado Aligator[/caption]
Yellow Vietnam
bentuk bujur ke bulat
saiz sederhana besar, berat boleh capai 700g sebiji
kulit kuning dan licin
isi kuning keemasan, tebal, hampir tiada serat
rasa sederhana lemak, sedikit manis dengan tekstur halus
[caption id="attachment_712651" align="aligncenter" width="382"] Avocado Yellow Vietnam[/caption]
Roro Subaka
bentuk lonjong, kulit hijau berkilat
berat antara 700-900g
isi kuning pekat, lembut, berkrim, sedikit manis
baka asal Indonesia
Seedless
bentuk lonjong, berat antara 250-600g
kulit hijau pekat
isi kuning, lembut, tidak berserat dan berair
rasa lemak, berkrim, sedikit manis
[caption id="attachment_712650" align="aligncenter" width="375"] Avocado Seedless[/caption]
Namlong
bentuk lonjong seperti buah terung
berat boleh capai satu kilogram
kulit hijau, licin masa muda
isi tebal, padat, biji kecil, lemak berkrim dan sedikit manis
[caption id="attachment_712649" align="aligncenter" width="354"] Avocado Namlong[/caption]
Kelud
bentuk bujur memanjang seperti buah mangga
saiz boleh cecah 300g sebiji
kulit hijau licin masa muda, jadi gelap bila masak
isi lembut, lemak berkrim dan hampir tiada serat
hasil kacukan tempatan Indonesia
[caption id="attachment_712647" align="aligncenter" width="539"] Avocado Kelud[/caption]