ad
ADN

31 jemaah haji DUN Tanjong Sepat terima insentif muassasah

26 Jul 2025, 2:00 PM
31 jemaah haji DUN Tanjong Sepat terima insentif muassasah

TANJONG SEPAT, 26 JULAI: Seramai 31 jemaah haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat menerima Insentif Haji Muassasah Selangor 2025.

Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat Datuk Borhan Aman Shah berkata, insentif yang disampaikan merupakan tanda sokongan dan penghargaan kepada para jemaah.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan menyantuni para tetamu Allah dari DUN Tanjong Sepat dalam Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah tahun ini.

"Insentif ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan jemaah, malah menjadi simbol kasih dan kebersamaan antara rakyat dan pemimpin,” katanya menerusi Facebook.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta meneruskan insentif yang diperkenal sejak 2022 bagi meringankan beban kewangan ditanggung jemaah dari Selangor.

Bermula tahun lepas, nilai insentif haji dinaikkan kepada RM1,000 berbanding RM500 pada 2022 dan 2023 dan setakat tahun lalu, seramai 12,000 jemaah sudah mendapat manfaat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.