SHAH ALAM, 26 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan barisan lantikan baharu bagi jawatan utama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) susulan mesyuarat parti yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.
Menerusi kenyataan Ketua Penerangan Datuk Fahmi Fadzil, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, manakala Dr Zaliha Mustafa mengetuai Jawatankuasa Pemilihan Pusat.
Dr Zainol Samah pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin, diikuti Rodziah Ismail (Pengerusi Biro Kebajikan), Sivarasa Rasiah (Biro Guaman) dan Isaiah D. Jacob (Biro OKU).
Selain itu, berikut antara lantikan utama yang diputuskan:
Naib Presiden: Roland Engan
Setiausaha Agung: Dr Fuziah Salleh
Bendahari Agung: William Leong
Ketua Penerangan: Fahmi Fadzil
Ketua Setiausaha Pengelola: Elizabeth Wong
Turut dilantik ke dalam MPP ialah Romli Ishak, Manolan Mohamad, Awang Husaini Sahari, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, Dr Mohd Afandi Salleh, Nor Azman Mohamad dan Yuneswaran Ramaraj.
Pelantikan lain melibatkan beberapa portfolio strategik termasuk:
Pengarah Biro Ekonomi: Akmal Nasir
Pengarah Biro Antarabangsa: Dr Maszlee Malik
Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama: Amidi Abdul Manan
Pengarah Komunikasi: Adam Adli Abd Halim
Pengarah Biro Latihan dan Akademi KEADILAN: Aminuddin Harun
Pengarah Biro Sukarelawan: Syed Ibrahim Syed Noh
Sementara itu, mesyuarat tersebut turut mendengar pandangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung pelbagai isu semasa termasuk pelantikan hakim serta perkembangan geopolitik di Asia Tenggara khususnya konflik antara Thailand dan Kemboja.