KUALA LUMPUR, 26 JUL: Selangor Travel Fair 2025 mengetengahkan pelbagai lokasi pelancongan menarik dengan tawaran berbaloi, sekali gus menarik minat orang ramai untuk merancang percutian.
Bertempat di Pasar Seni, program dua hari yang membuka tirainya hari ini menghimpunkan lebih 30 pengusaha pelancongan dengan pelbagai tawaran eksklusif termasuk potongan harga sehingga 50 peratus.
Pengunjung dari Sepang, Nurul Dalila Dania Kamarulzaman, 21, mengakui teruja apabila mendapati masih banyak destinasi menarik yang belum pernah diketahuinya walaupun membesar di Selangor.
[caption id="attachment_712469" align="aligncenter" width="814"] Nurul Dalila Dania Kamarulzaman, 21,[/caption]
“Saya membesar di Selangor tapi baru tahu ada banyak tempat yang belum pernah saya dengar. Hari ini saya memang cari tiket Gamuda Cove sebab harganya sangat berbaloi,” katanya.
Sementara itu, pelancong dari Macau, Emily, 32 dan Carrick, 32, yang singgah secara kebetulan, menyambut baik penganjuran program berkenaan yang disifatkan memberi pendedahan berguna kepada pelancong luar.
[caption id="attachment_712467" align="aligncenter" width="810"] Emily, 32, dan Carrick, 32,[/caption]
“Kami sekadar berjalan-jalan di Pasar Seni, tapi terus tertarik dengan pameran ini. Banyak lokasi di Selangor yang kami tak tahu. Kalau ada masa, kami pasti akan pergi,” ujar mereka.
Bagi Muhammad Aliff Irfan Rushdan, 24, yang berpindah ke Shah Alam dari Pahang, Travel Fair ini membuka peluang untuk merancang percutian bersempena hari lahirnya tidak lama lagi.
[caption id="attachment_712468" align="aligncenter" width="813"] Muhammad Aliff Irfan Rushdan, 24,[/caption]
“Tempat yang saya pilih termasuklah Windmill Fun Park di Semenyih, Jumpstreet Asia dan Farm Fresh@UPM. Banyak tempat menarik untuk ‘healing’ yang saya baru tahu. Memang berbaloi datang,” katanya.
Bukan sekadar medan promosi, pameran pelancongan anjuran Tourism Selangor turut memperkenalkan pelbagai segmen pelancongan merangkumi taman tema, agro pelancongan, inap desa, lokasi berasaskan komuniti dan eko-pelancongan yang kini semakin mendapat sambutan.
Program yang berlangsung sehingga esok dijangka terus menjadi tumpuan pengunjung tempatan serta antarabangsa yang ingin meneroka keunikan Selangor.
[caption id="attachment_712437" align="aligncenter" width="758"] Ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (tengah) bergambar pada Selangor Travel Fair 2025 di Central Market, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]