ad
AGENSI

Selangor Travel Fair 2025 tawar diskaun pakej pelancongan hingga 50 peratus

26 Jul 2025, 9:06 AM
Selangor Travel Fair 2025 tawar diskaun pakej pelancongan hingga 50 peratus
Selangor Travel Fair 2025 tawar diskaun pakej pelancongan hingga 50 peratus
Selangor Travel Fair 2025 tawar diskaun pakej pelancongan hingga 50 peratus

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Selangor Travel Fair 2025 yang berlangsung di Pasar Seni bermula hari ini hingga esok menyasarkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling berkata kempen memasuki fasa kedua itu menawarkan pelbagai pakej pelancongan kepada pengunjung dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

“Selepas kejayaan edisi sulung pada 2024 dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung dan nilai transaksi pelancongan mencecah hampir RM300,000, edisi kedua kali ini kita menghimpunkan lebih 30 pengusaha pelancongan dari seluruh Selangor.

[caption id="attachment_712436" align="aligncenter" width="655"] Orang ramai yang hadir pada Selangor Travel Fair 2025 di Central Market, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kita bawakan segmen merangkumi taman tema, agro-pelancongan, ekopelancongan, warisan dan kebudayaan, pelancongan pendidikan serta inap desa dengan jangkaan transaksi sebanyak setengah juta,” katanya ketika ditemui.

Mengulas pemilihan Pasar Seni sebagai lokasi penganjuran, Yee Ling menjelaskan lokasi berkenaan yang strategik, menarik dan sering dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat membolehkan lebih ramai pengunjung tertarik untuk melancong ke Selangor melalui tawaran yang disediakan.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke program berkenaan yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan menyaksikan persembahan artis tempatan, Lah Ahmad dan Aizat Amdan malam ini.

Menurutnya, Selangor Travel Fair 2025 juga menjadi pentas pelancaran kepada kempen pelancongan terbaru “Selangor Kan Ada”, kesinambungan kepada kempen terdahulu “Surprising Selangor”.

[caption id="attachment_712438" align="aligncenter" width="678"] Orang ramai yang hadir pada Selangor Travel Fair 2025 di Central Market, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Jika “Surprising Selangor” mengetengahkan kepelbagaian tarikan, kempen “Selangor Kan Ada” pula menekankan nilai emosi, keterikatan lokal dan pengalaman autentik,” katanya.

Pengunjung boleh meneroka pelbagai destinasi ikonik termasuk Farm Fresh @ UPM, Selangor Fruit Valley, SplashMania Waterpark, Skyline Luge, Chocolate Museum dan pelbagai lokasi warisan serta kraftangan dari komuniti desa di sini.

Selangor Travel Fair 2025 menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh untuk semua peringkat usia antaranya bengkel interaktif seperti pembuatan wau kapal, fotografi dan Media Selangor yang turut membuka reruai bagi menyalurkan info berkaitan negeri.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.