ad
AGENDA

PM seru ahli parlimen beradab ketika berbahas, elak maki hamun

26 Jul 2025, 6:52 AM
PM seru ahli parlimen beradab ketika berbahas, elak maki hamun

PUTRAJAYA, 26 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Ahli Parlimen supaya menerapkan budaya berbahas secara beradab dan sopan di Dewan Rakyat tanpa perlu menghina atau memaki hamun.

Ketika menyatakan kekagumannya menyaksikan kaedah peserta Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 2025 yang berbahas dengan fasih, berani, bijak mengolah fakta serta berhujah secara berhemah, Anwar berkata perkara itu sepatutnya dicontohi oleh Ahli Parlimen.

“Saya bangga sekali akan tahap perbahasan dan saya renung sekejap, apa salahnya (jika) Ahli Parlimen belajar, iaitu pertama kalau nak berbahas (kita) kena kuasai ilmu, hadam, olah dan sampaikan.

“Anak-anak ini tunjuk tahap perbahasan hebat dan saya tabik (bangga). Perdebatan ini bukan sekadar kepintaran berbicara, tetapi juga keupayaan untuk menguasai, menelaah, menghadam dan melontarkan (isu). Sebab itu saya rasa perkara itu yang perlu dipelajari (dicontohi) oleh Ahli Parlimen,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memuji generasi pelajar kini yang menunjukkan penguasaan bahasa Melayu yang tinggi serta berbahas dengan penuh ilmu dan kefahaman.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.