ad
BERITA UTAMA

Elak alpa sesaat, air yang tenang usah disangka tiada bahaya

25 Jul 2025, 1:06 PM
Elak alpa sesaat, air yang tenang usah disangka tiada bahaya
Elak alpa sesaat, air yang tenang usah disangka tiada bahaya

Tragedi lemas meragut kira-kira 270 nyawa setiap tahun di Malaysia, menjadikan air antara pembunuh senyap yang sering dipandang ringan masyarakat.

Walaupun banyak peringatan, insiden tragis ini tetap berlaku. Ia mencerminkan sikap sambil lewa terhadap risiko di kawasan berair.

Lemas tidak menunggu musim. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.

Hakikatnya, satu saat leka sudah cukup untuk meragut nyawa. Air yang tenang boleh jadi perangkap maut.

Justeru, orang ramai perlu lebih peka dan berhati-hati ketika berada berhampiran air kerana keselamatan tidak boleh ditangguh walau sesaat.

Penolong Pengarang NUR AISHAH MOHD AMIN menyusun semula wawancara Bicara Semasa “Antara Peka dan Leka” bersama Ketua Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran Bomba, Penolong Pesuruhjaya Muhammadul Ihsan dan Penguasa Kanan II Ali Muhammad dari cawangan sama sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia pada 25 Julai.

[caption id="attachment_712315" align="alignnone" width="902"] Ketua Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamadul Ehsan Mohd Zain (tengah) bersama Penguasa Kanan II Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Ali Mohamad (kanan) ketika program Bicara Semasa di Media Selangor pada 3 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Siapa paling ramai jadi mangsa?

  • 1,359 kes lemas dari 2020–2024

  • 89 peratus lelaki

  • umur 20–30 tahun paling tinggi

  • remaja atau lelaki muda berisiko tinggi

PENTINGNYA JAKET KESELAMATAN

  • risiko tetap ada walau atas bot jika jaket keselamatan tak disediakan

  • ramai tidak pakai jaket dengan betul

  • cuai sebab rasa “biasa je” dan anggap selamat

Abai tatacara keselamatan

  • kolam renang wajib ada penyelamat tapi pengawasan lemah

    pandang remeh pemakaian jaket keselamatan

  • kanak-kanak main air tanpa pengawasan

    remaja beriadah di sungai tanpa kawalan

  • amaran cuaca dan keadaan air sering diambil mudah

Cegah kejadian lemas

  • kerjasama bomba & NGO

  • Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia giat didik masyarakat

  • latihan mudah difahami, mesra rakyat

  • pendekatan kreatif, lebih dekat dengan rakyat

  • sinergi semua pihak dapat selamatkan nyawa

Kelab bomba di institusi pendidikan

  • Kelab Bomba Cilik (pra)

  • Bomba Junior & Kadet (sekolah)

  • Briged Bomba (universiti)

  • Bomba Komuniti di kawasan setempat

  • capaian perlu lebih menyeluruh

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.