ad
AGENDA

IPU tidak sihat di Johan Setia dan Kuching, 61 lagi lokasi catat kualiti udara sederhana

25 Jul 2025, 8:03 AM
IPU tidak sihat di Johan Setia dan Kuching, 61 lagi lokasi catat kualiti udara sederhana

SHAH ALAM, 25 JULAI: Dua kawasan di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia, Selangor dengan bacaan 152, diikuti Kuching, Sarawak dengan bacaan 111, setakat jam 3.47 petang ini.

Sementara itu, 61 lokasi lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak  mencatatkan kualiti udara sederhana, menurut data di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.

Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan ketika jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang www.moh.gov.my.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyediakan nasihat kesihatan serta panduan langkah pencegahan ketika jerebu yang boleh diakses melalui portal rasmi www.moh.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.