ad
AGENSI

Johan Setia kekal catat IPU tidak sihat setakat 12.27 tengah hari

25 Jul 2025, 4:37 AM
Johan Setia kekal catat IPU tidak sihat setakat 12.27 tengah hari

SHAH ALAM, 25 JULAI: Johan Setia kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 151 setakat 12.27 tengah hari.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), 63 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan sederhana manakala 4 lokasi (baik).

Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.

Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan ketika jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang www.moh.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.