AMPANG JAYA, 24 JULAI: Melatih anak istimewa mempunyai cabaran tersendiri namun kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kelana meraih johan pertandingan tarian tradisional membuktikan mereka boleh berjaya seperti orang lain.
Di sebalik kemenangan itu juga terdapat individu yang menjadi tulang belakang melatih tanpa lelah demi memastikan kejayaan anak-anak istimewa itu.
Guru yang juga koreografer SK Sri Kelana, Abu Zar Noh berkata membimbing murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) seperti disleksia, autisme, sindrom down dan masalah pembelajaran bukan perkara mudah namun ia juga tanggungjawab yang harus dipikul dengan penuh sabar, kasih sayang dan dedikasi.
"Kita tubuhkan kumpulan dinamakan Niskala ini bagi memberi peluang kepada anak pendidikan khas ini boleh berdikari dan paling penting membantu perkembangannya.
[caption id="attachment_712115" align="aligncenter" width="866"] Guru pendidikan khas dan koreografer, Abu Zar Noh bercakap kepada media selepas Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Memang agak mencabar kerana setiap murid istimewa ini berbeza tetapi kami berlatih setiap hari dan adakalanya membuat persembahan majlis perkahwinan. Kaedah ini memudahkan mereka hafal langkah tarian," katanya.
Terdahulu, Pertandingan Tarian Tradisional dan Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dan Pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dianjurkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Menara MPAJ di sini semalam.
SK Kelana Jaya juara bagi sekolah rendah manakala kategori sekolah menengah dimenangi SMK Kelana Jaya dan kategori PDK dirangkul PDK Penyayang, Banting dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000.
[caption id="attachment_712117" align="aligncenter" width="1183"] Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari menyampaikan cek cura kepada johan kategori sekolah rendah kepada pemenang ketika Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Abuzar juga merupakan koreografer SMK Kelana Jaya. Mempersembahkan tarian tradisional Cina bagi kedua-dua sekolah berkenaan, pilihan berani itu menjadi taruhan namun berbaloi apabila merangkul juara.
"Bukan mudah ajar mereka tarian Cina tetapi saya mahu sesuatu kelainan, cuba keluar dari kepompong biasa saya buat sebelum ini. Alhamdulillah tahun lalu SK Sri Kelana naib johan tampilkan tarian tradisional Melayu dan kini johan," katanya.
Sementara itu, PDK Penyayang Bukit Changgang, Banting merangkul juara bagi kategori PDK meski baharu kali pertama menyertai pertandingan tersebut.
Koreografernya Sulaiha Sahit turut mengakui cabaran mengajar anak PDK kerana mereka mudah lupa setiap langkah yang diajar namun ia tidak menghalang guru untuk terus melatih.
[caption id="attachment_712120" align="alignright" width="596"] Guru dan koreografer ,
Sulaiha Sahit bercakap kepada media selepas Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Kita ajar secara santai dan bergurau. Latihan juga diadakan lebih kerap. Tidak sangka juga kali pertama masuk terus menang, syukur.
"Perkembangan anak-anak ini juga semakin positif, mereka lebih yakin dan berani tampil depan khalayak ramai," katanya.
Dalam pada itu, kejayaan itu turut memberi kesan kepada salah seorang ibu berkeperluan khas, Hidayati Ngadiron, 46, kerana kali pertama melihat anaknya di atas pentas sekali gus kumpulan berjaya dinobatkan johan.
[caption id="attachment_712122" align="alignleft" width="548"] Hidayati Ngadiron, 46, bercakap kepada media selepas Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Apabila diumum juara, kami sekeluarga sangat bangga. Sebelum ini beliau agak kekok tetapi sekarang semakin lembut dalam tarian. Harap ini permulaan untuk dia dan semua anak istimewa boleh pergi lebih jauh," katanya.
[caption id="attachment_712118" align="aligncenter" width="1108"] Persembahan tarian peserta Sekolah Kebangsaan Sri Kelana ketika Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_712046" align="aligncenter" width="1167"] Peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya membuat persembahan dalam Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]