ad
AGENDA

LLM: Sebahagian Jalan Tanjung di Bandar Utama ditutup mulai esok

24 Jul 2025, 7:11 AM
LLM: Sebahagian Jalan Tanjung di Bandar Utama ditutup mulai esok
LLM: Sebahagian Jalan Tanjung di Bandar Utama ditutup mulai esok

SHAH ALAM, 24 JULAI: Sebahagian Jalan Tanjung di Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai esok susulan arahan Mahkamah Rayuan terhadap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Penutupan tersebut dilaksanakan kerana sebelum ini ia menjadi laluan alternatif popular bagi penduduk Bandar Utama, Tropicana dan Kota Damansara sehingga pernah menjadi punca protes besar penduduk pada 2009 apabila cubaan menutup jalan itu oleh pemilik tanah mencetuskan ketegangan.

Laluan antara titik C dan titik X itu ditutup berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 28 Mei 2025, sekali gus menamatkan pertikaian lebih sedekad antara pemilik tanah, pihak berkuasa tempatan dan penduduk sekitar.

Justeru, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Tropicana Utara dan seterusnya ke Persiaran Tropicana sebelum masuk semula ke Lebuh Bandar Utama mengikut laluan yang dicadangkan.

Jelas LLM, memaklumkan agensi tersebut hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan keputusan mahkamah dan sentiasa mematuhi proses perundangan yang sah.

“LLM akur dengan Perintah Mahkamah Rayuan yang mengarahkan penutupan sebahagian Jalan Tanjung ini dilaksanakan.

Tindakan ini diambil demi menghormati keputusan kehakiman setelah proses perundangan selesai sepenuhnya,” menurut LLM.

Menurut LLM, usaha menjadikan laluan tersebut sebagai jalan awam melalui rundingan antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), LLM dan pemilik tanah tidak berhasil sepenuhnya kerana status hak milik tanah kekal swasta.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.