Oleh Nur Azyyati Omar
SHAH ALAM, 24 JULAI: Orang ramai dialu-alukan untuk menjual barangan terpakai seperti kertas, besi, plastik dan minyak masak di Program Kitar Semula (Trash To Cash), Sabtu ini.
Program anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)berlangsung di Dewan JKKK Kampung Pandan Dalam Taman Cempaka, Ampang dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Barangan yang boleh dijual ialah minyak masak terpakai pada harga RM2 per kilogram (kg); aluminium (RM1 per kg); besi (RM0.40 per kg) serta sisa elektronik, kertas, kotak dan plastik (RM0.20 per kg).
“Objektif program yang dijalankan secara mingguan ini bagi mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.
"Penganjuran sejak Mei 2024 juga bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap amalan pengasingan sisa," maklumnya ketika dihubungi.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ di talian 03-42857390.