Oleh Muhammad Haziq Roshidi
SHAH ALAM, 23 JUL: Platform Selangor (PLATS) terus memperluas jangkauan kepada komuniti perniagaan menerusi penyertaan dalam Himpunan Usahawan Selangor 2025 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), hari ini.
Pengurus Kanan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Hazwani Sabudin berkata PLATS tampil bagi memperkenalkan manfaat digital dan sokongan keusahawanan yang ditawarkan kepada golongan usahawan di negeri ini.
[caption id="attachment_711973" align="aligncenter" width="762"] Pengurus Kanan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Hazwani Sabudin pada majlis perasmian Program Bizmatch Mega PKNS 2025: Himpunan Usahawan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“PLATS hari ini berhimpun bersama ratusan usahawan Selangor untuk mempromosi akses digital, pembiayaan, latihan serta peluang menyertai program kerajaan,” katanya ketika ditemui di tapak acara berkenaan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini.
Antara empat manfaat utama yang ditawarkan PLATS termasuk:
- akses kepada pendigitalan perniagaan
- kemudahan pembiayaan
- latihan keusahawanan menerusi modul U-PLATS
- peluang menyertai program Kerajaan Negeri
Hazwani berkata pelbagai latihan ditawarkan di bawah inisiatif U-PLATS seperti U-PLATS Halal, Digital dan Expand dengan menyasarkan peniaga yang mempunyai atau ingin membangunkan premis digital.
“Sama ada sudah ada laman web atau tidak, kita sediakan latihan sesuai untuk usahawan meluaskan capaian digital mereka,” tambahnya.
[caption id="attachment_630134" align="aligncenter" width="715"] Duta Platform Selangor (PLATS) mempromosi insentif ditawarkan kepada peniaga ketika Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]
PLATS juga giat menyertai acara berskala besar termasuk Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor, Pameran Udara Selangor, dan Karnival Ban Canal bagi membantu peniaga memperluas jaringan perniagaan.
Kemuncak penglibatan PLATS tahun ini ialah Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS 2025) yang bakal berlangsung di Klang pada 1 Ogos depan.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman web rasmi platselangor.com atau mengikuti saluran media sosial PLATS untuk maklumat lanjut.
[caption id="attachment_614251" align="aligncenter" width="811"] Pengunjung menunjukkan cara mengimbas kod QR untuk mendapatkan baucar RM5 ketika Kempen PLATS Masuk Pasar (PMP) di Pasar pagi Sungai Buloh Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]