ad
EXCO

Sistem parkir pintar: Kerajaan Negeri teruskan rundingan dengan PBT

23 Jul 2025, 11:39 AM
Sistem parkir pintar: Kerajaan Negeri teruskan rundingan dengan PBT
Sistem parkir pintar: Kerajaan Negeri teruskan rundingan dengan PBT

SHAH ALAM, 23 JUL: Kerajaan Negeri meneruskan perbincangan berhubung pelaksanaan Sistem Parkir Pintar (SIP) di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi meningkatkan kecekapan dan hasil negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyatakan bantahan terhadap inisiatif tersebut.

“Ia adalah proses kebenaran di peringkat PBT. Yang membantah sekarang ini adalah MBPJ dan kita akan tengok apa asas bantahan sebab kita mahu tingkatkan kutipan hasil, terutamanya hasil parkir.

“Sebelum ini hasil parkir yang dapat dikutip hanya 30 peratus, maknanya ada 70 peratus yang tidak dapat dikutip. Kita perlu pertingkatkan dengan teknologi.

“Tetapi Dato’ Ng Suee Lim (EXCO Kerajaan Tempatan) akan respon dengan mereka untuk terangkan dan kita akan bincang lagi kerana ini adalah proses untuk dapatkan kebenaran PBT,” katanya pada sidang media hari ini.

[caption id="attachment_711972" align="aligncenter" width="745"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) merasmikan Program BizMatch Mega PKNS 2025: Himpunan Usahawan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 Julai 2025. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas (tiga, kiri) dan EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi (dua kanan). Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu beliau menyempurnakan program BizMatch Mega PKNS 2025: Himpunan Usahawan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini.

Turut hadir EXCO Keusahawanan Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato’ Mahmud Abbas.

Sebelum ini, Ng Suee Lim memaklumkan syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd akan melaksanakan kutipan parkir menerusi sistem SIP di empat PBT bermula 1 Ogos ini.

Selain MBPJ, tiga lagi PBT ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Menurutnya, Kerajaan Negeri optimis sistem baharu itu akan meningkatkan kutipan hasil parkir dalam jangka masa panjang meskipun mungkin berlaku penurunan sementara pada peringkat awal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.